Anugerah Guru Bahasa Ibunda Prasekolah Cemerlang 2026 (Anugerah Cemerlang)
Outstanding Preschool Mother Tongue Language Teacher Award (Outstanding Award)
.png)
Cikgu Siti Nooraisah ialah seorang pendidik awal kanak-kanak yang berdedikasi dan percaya bahawa setiap kanak-kanak adalah unik, mempunyai sifat ingin tahu dan mampu belajar melalui pengalaman yang bermakna dan menarik. Pendekatan pedagogi beliau berpusatkan kanak-kanak, bersifat responsif dan inklusif. Beliau secara aktif membimbing kanak-kanak melalui soal jawab, demonstrasi, main peranan, dramatisasi dan pengajaran pembezaan. Beliau mengintegrasi pendekatan dwibahasa melalui lagu, penceritaan, serta pengalaman budaya seperti dikir barat dan wayang kulit bagi mengukuhkan penghargaan kanak-kanak terhadap Bahasa Melayu dan budaya, sambil memenuhi kepelbagaian cara pembelajaran, termasuk kanak-kanak yang belajar melalui pendengaran.
Sebagai seorang profesional, Cikgu Siti Nooraisah menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan amalan reflektif. Beliau aktif menghadiri kursus dan bengkel bagi memperdalam pemahaman tentang pendidikan inklusif serta strategi untuk menyokong kanak-kanak berkeperluan khas dengan lebih baik. Beliau menyesuaikan pengajaran mengikut kesediaan dan keperluan perkembangan kanak-kanak, dengan menggunakan kad gambar, kad imbasan, pembelajaran kumpulan kecil dan sokongan visual bagi meningkatkan penglibatan kanak-kanak serta perkembangan literasi. Kerjasama beliau bersama rakan-rakan guru turut mencerminkan dedikasinya dalam mewujudkan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan mudah difahami oleh semua kanak-kanak.
Di luar bilik darjah, Cikgu Siti Nooraisah mengutamakan kerjasama dan perhubungan yang erat dengan keluarga dan komuniti bagi menyokong perkembangan holistik kanak-kanak. Beliau bekerjasama dengan pelbagai organisasi melalui program seperti Aksi Cilik untuk mendedahkan kanak-kanak kepada budaya, nilai dan tradisi Melayu sambil membina keyakinan diri mereka. Melalui komunikasi yang berterusan, perkongsian sumber pembelajaran dan pengajaran berasaskan nilai, beliau mewujudkan persekitaran selamat yang menjadikan kanak-kanak berasa dihormati, bermotivasi, dan disokong dalam perkembangan menyeluruh mereka.
Ms Siti Nooraisah is a dedicated early childhood educator who believes that every child is unique, curious, and capable of learning through meaningful and engaging experiences. Her pedagogical approach is child-centred, responsive, and inclusive, where she actively scaffolds children’s learning through questioning, demonstrations, role play, dramatization, and differentiated instruction. She integrates dual-language approaches, songs, storytelling, and cultural experiences such as dikir barat and wayang kulit to strengthen children’s appreciation for the Malay language and culture while catering to diverse learning styles, including auditory learners.
Professionally, Ms Siti Nooraisah demonstrates strong commitment towards continuous learning and reflective practice. She actively attends courses and workshops to deepen her understanding of inclusive education and strategies to better support children with SEN. She adapts lessons according to children’s readiness and developmental needs, using picture cards, flashcards, small-group learning, and visual supports to enhance participation and literacy development. Her collaborative work with fellow teachers also reflects her dedication towards creating meaningful and accessible learning experiences for all learners.
Beyond the classroom, Ms Siti Nooraisah values strong partnerships with families and the community to support children’s holistic growth. She collaborates with organisations through programmes like Aksi Cilik to expose children to Malay culture, values, and traditions while building their confidence. Through regular communication, shared learning resources, and values-based teaching, she creates a nurturing environment where children feel respected, motivated, and supported in their overall development.
