Anugerah Guru Bahasa Ibunda Prasekolah Cemerlang 2026 (Anugerah Cemerlang)
Outstanding Preschool Mother Tongue Language Teacher Award (Outstanding Award)
.png)
Cikgu Nur Kamilah ialah seorang pendidik yang bersemangat dan didorong oleh keyakinan bahawa menanam kecintaan dan minat merupakan kunci dalam membangkitkan minat serta rasa ingin tahu kanak-kanak untuk mempelajari budaya dan Bahasa Melayu. Dengan pengetahuan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak, Cikgu Nur Kamilah mengajar dan menyokong pemerancahan dalam pembelajaran kanak-kanak secara ceria dan mahir. Pendekatan ini menyebabkan kanak-kanak berasa seronok dan secara tidak langsung, menghadirkan gelak tawa dan keceriaan di dalam bilik darjah.
Semangat kanak-kanak yang berkobar-kobar itu menjadi pendorong bagi Cikgu Nur Kamilah untuk terus berusaha menjadikan pembelajaran bahasa lebih menarik dan bermakna bagi mereka. Dalam usaha mengukuhkan lagi amalan pengajarannya, Cikgu Nur Kamilah meluangkan masa untuk melibatkan diri dalam amalan reflektif bersama rakan-rakan seperjuangan, serta mengamalkan minda yang terbuka ketika berkongsi amalan baik dengan rakan sebaya mahupun pendidik-pendidik yang berpengalaman.
Bagi Cikgu Nur Kamilah, kerjasama dengan keluarga kanak-kanak adalah amat penting dalam memastikan bahawa kesinambungan pembelajaran mereka antara prasekolah dengan rumah, serta meningkatkan keyakinan mereka bertutur dalam bahasa Melayu. Justeru, Cikgu Nur Kamilah bukan sahaja mengekalkan komunikasi yang konsisten dengan keluarga kanak-kanak, malah turut menganjurkan pelbagai bengkel untuk mereka.
Miss Nur Kamilah is a passionate educator who is driven by her belief that inculcating her own love and interest in the Malay language and culture is key in inspiring children’s keenness and curiosity to learn. With her knowledge in effective and developmentally appropriate teaching and learning strategies, Miss Nur Kamilah cheerfully and skilfully facilitates and scaffolds the children’s learning in a fun and natural manner, bringing echoes of laughter and joy in the classroom.
The children’s enthusiasm in turn, motivates Miss Nur Kamilah to continuously strive to make language learning engaging and meaningful for them. To further enhance her teaching practices, Miss Nur Kamilah devotes time to engage in reflective practice with her colleagues and adopts a growth mindset in learning from her peers, as well as the senior educators.
To Miss Nur Kamilah, partnering and collaborating with the children’s families is crucial in ensuring their continuity of learning between preschool and home, as well as increase their confidence in speaking in Malay. To that end, Miss Nur Kamilah not only maintains consistent communication with the children’s families, but also conducts various workshops for them.
