Anugerah Guru Bahasa Ibunda Prasekolah Cemerlang 2026 (Anugerah Cemerlang)
Outstanding Preschool Mother Tongue Language Teacher Award (Outstanding Award)
.png)
Encik Muhammad Danish Bin Sham menjadi suri teladan bagi pelaksanaan pedagogi berpusatkan kanak-kanak yang berlandaskan keyakinan bahawa kanak-kanak belajar dengan lebih berkesan apabila pengalaman pembelajaran mereka bermakna, menarik, dan berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti penceritaan, nyanyian, pergerakan, main peranan, dan perbincangan bersama, beliau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan menyeluruh, yang menggalakkan komunikasi, penghayatan budaya dan penglibatan aktif kanak-kanak. Dengan mengintegrasi lagu, puisi, cerita rakyat, dan permainan tradisional ke dalam pengajarannya, beliau memupuk keyakinan kanak-kanak untuk menggunakan Bahasa Melayu sambil menerapkan penghargaan yang mendalam terhadap warisan dan jati diri mereka. Falsafah pengajaran beliau yang penyayang dan inklusif memastikan setiap kanak-kanak berasa dihargai, disokong agar bermotivasi untuk terus belajar.
Sebagai seorang pendidik yang reflektif dan berdedikasi, Cikgu Danish sentiasa berusaha untuk menggilap kemahiran profesionalnya. Beliau kerap menyertai program pembangunan profesional Bahasa Melayu bagi memperdalam pengetahuan pedagogi serta mengikuti perkembangan terkini dalam amalan pendidikan awal kanak-kanak. Beliau turut aktif menerapkan strategi pengajaran baharu, pengajaran pembezaan dan pengalaman pembelajaran kumpulan kecil yang bertujuan untuk menyokong kanak-kanak dengan pelbagai kemampuan bahasa dan keperluan perkembangan. Komitmen beliau terhadap refleksi dan penambahbaikan berterusan memastikan bahawa pengajarannya kekal responsif, dinamik, dan memberikan impak yang bermakna.
Di luar bilik darjah, Cikgu Danish memperluas pembelajaran melalui pengalaman permainan tradisional dan aktiviti bersama keluarga yang mengukuhkan penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks yang autentik. Dengan melibatkan keluarga dan mewujudkan peluang bagi kanak-kanak untuk menghubungkaitkan bahasa dengan budaya dan komuniti, beliau menggalakkan perkembangan holistik dan interaksi sosial yang positif. Sifat beliau yang penuh kasih sayang dan berdedikasi terhadap kesejahteraan kanak-kanak melahirkan pelajar yang yakin diri dan cinta terhadap bahasa dan budaya mereka.
Mr Muhammad Danish Bin Sham exemplifies a child-centred pedagogical approach grounded in the belief that children learn best when learning experiences are meaningful, engaging, and connected to their everyday lives. Through storytelling, songs, movement, role-play, and collaborative discussions, he creates joyful and immersive learning environments that encourage communication, cultural appreciation, and active participation. By integrating songs, poems, folktales, and traditional cultural games into his lessons, he nurtures children's confidence in using the Malay Language while fostering a deep appreciation for their heritage and identity. His nurturing and inclusive teaching philosophy ensures that every child feels valued, supported, and motivated to learn.
As a reflective and dedicated educator, Mr Muhammad Danish continually strives to strengthen his professional competencies. He regularly participates in Malay Language professional development programmes to deepen his pedagogical knowledge and stay abreast of current early childhood education practices. He actively incorporates new teaching strategies, differentiated instruction, and purposeful small-group learning experiences to support children with diverse language abilities and developmental needs. His commitment to reflection and continuous improvement ensures that his teaching remains responsive, dynamic and impactful.
Beyond the classroom, Mr Muhammad Danish extends learning through outdoor experiences, traditional games, and parent-child activities that strengthen the use of Malay language in authentic contexts. By engaging families and creating opportunities for children to connect language with culture and community, he promotes holistic development and positive social interactions. His caring disposition and unwavering dedication to children's well-being nurture confident learners who develop a lasting love for their language and culture.
