Memupuk Literasi Kritis Melalui Cerita Rakyat Yang Diubah Suai
Fostering Critical Literacy Through Fractured Tales

Mr Muhammed Shahril Bin Shaik Abdullah
Encik Muhammed Shahril Bin Shaik Abdullah
Pustakawan Kanan
Lembaga Perpustakaan Negara (NLB)
Profil
Muhammed Shahril Shaik Abdullah ialah seorang pustakawan kanan di Lembaga Perpustakaan Negara, Singapura. Beliau menyelia program-program bacaan untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 9 tahun. Beliau memegang Sarjana Pendidikan dari Universiti Monash (Australia) dan Sarjana Sains dalam Pengajian Maklumat dari Universiti Teknologi Nanyang. Minat penyelidikan Encik Shahril termasuklah kesusasteraan kanak-kanak dan pendidikan kritis. Sebahagian daripada penulisan beliau telah diterbitkan dalam buku KOMENTAR: Renungan Isu-Isu Semasa yang diterbitkan oleh MediaCorp, dan dalam majalah Karyawan AMP.
Profile
Muhammed Shahril Shaik Abdullah is a senior librarian at the National Library Board, Singapore where he oversees reading programmes for children aged 1 to 9 years old. He holds a Master of Education from Monash University (Australia) and a Master of Science in Information Studies from Nanyang Technological University. His research interests include children’s literature and critical education. Some of his writings have been published in the book KOMENTAR: Renungan Isu-Isu Semasa published by MediaCorp, and in AMP’s Karyawan magazine.
Sinopsis
Sebahagian besar kesusasteraan kanak-kanak berasal daripada cerita-cerita rakyat yang diwarisi daripada tradisi sastera lisan. Dalam sesi perkongsian ini, peserta akan melihat beberapa cerita rakyat yang telah diceritakan semula dengan cara yang berbeza daripada versi asal. Cerita-cerita yang diubah suai ini boleh digunakan sebagai alat pedagogi untuk memupuk literasi kritis dalam kalangan kanak-kanak. Sesi ini akan menunjukkan beberapa strategi praktikal untuk menggunakan cerita-cerita yang disesuaikan ini dalam bilik darjah dan di rumah, serta cara ibu bapa dan pendidik boleh membimbing kanak-kanak untuk menjadi pembaca yang kritis. Dengan menghubungkan kebijaksanaan tradisional dengan teknik penceritaan kontemporari, diharapkan kita dapat mencipta pengalaman pembelajaran yang menarik, yang disulamkan warisan budaya Melayu sambil menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi dunia yang semakin kompleks.
Synopsis
A large part of children's literature comes from folktales inherited from the oral tradition. In this sharing session, participants will look at some of the Malay folktales that have been retold in a way that differs from the original version, and how these fractured tales can be used as pedagogical tools to foster critical literacy in our children. The session will demonstrate practical strategies for using these adapted tales in both classroom and home settings, showing how parents and educators can guide children to become discerning readers who approach texts with curiosity and critical awareness. By connecting traditional wisdom with contemporary storytelling techniques, we can create joyful learning experiences that honour our cultural heritage whilst preparing children for an increasingly complex world.
