‘Berfikir, Berkarya, Berbahasa'
Think, Create, Communicate
_Siti Nurashikin Ajmain.jpeg)
Mdm Siti Nurashikin Ajmain
Puan Siti Nurashikin Ajmain
Koordinator Bahasa Melayu
Sekolah Anglo-Chinese (Rendah)
_Fauziah Abdullah.jpeg)
Mdm Fauziah Abdullah
Puan Fauziah Abdullah
Guru Bahasa Melayu
Sekolah Anglo-Chinese (Rendah)
Profil
Puan Siti Nurashikin Ajmain merupakan seorang pendidik sekolah rendah berpengalaman yang mengamalkan pendekatan pembelajaran holistik. Beliau telah menerajui pelbagai inisiatif sekolah dalam bidang inovasi serta pendidikan kewarganegaraan. Beliau menekankan pembelajaran berteraskan nilai di samping pemikiran adaptif dan inventif dalam pengajaran serta penggunaan teknologi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, beliau memainkan peranan aktif dalam komuniti pembelajaran profesional dan aktif melibatkan diri dalam perkongsian di peringkat kelompok dan kebangsaan, termasuk Seminar Bahasa Melayu dan Simposium Bahasa Ibunda.
Puan Fauziah Abdullah merupakan seorang pendidik Bahasa Melayu yang berpengalaman. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di sekolah rendah dan di sekolah menengah, termasuk Program Bersepadu (IP) dan International Baccalaureate (IB). Beliau menekankan penggunaan teknologi dan kaedah pengajaran Bahasa Melayu yang menarik serta menyeronokkan bagi menyokong profil pelajar yang pelbagai. Selain itu, beliau memainkan peranan aktif dalam komuniti pembelajaran profesional.
Profile
Mdm Siti Nurashikin Ajmain is an experienced primary school educator whose practice is grounded in holistic learning experiences. She has led school-based initiatives in innovation and enterprise, as well as citizenship education. She champions values-driven learning, adaptive and inventive thinking, student engagement and the meaningful integration of technology in her teaching practice. She also plays an active role in professional learning communities and has shared her best practices at cluster-level sharing sessions and the Malay Language Seminar.
Mdm Fauziah Abdullah is an experienced Malay Language educator with teaching experience spanning both primary and secondary levels, including the Integrated Programme (IP) and the International Baccalaureate (IB). She emphasises meaningful integration of technology and enjoyable Malay Language teaching approaches to support a diverse range of learner profiles. She also plays an active role in professional learning communities and has shared her best practices at cluster-level sharing sessions and the Mother Tongue Languages Symposium.
Sinopsis
Bagaimanakah pembelajaran Bahasa Melayu boleh dijadikan pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna bagi semua pelajar, termasuk mereka yang kurang pendedahan kepada Bahasa Melayu di luar bilik darjah?
Dalam perkongsian ini, para pembentang akan memperkenalkan 'Berfikir, Berkarya, Berbahasa', yang merangka semula cara pelajar berfikir, berkarya dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Melalui pendekatan berpusatkan pelajar ini, pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam tugasan yang menggalakkan kreativiti dan komunikasi. Berpandukan pembelajaran yang menyeronokkan serta penggunaan teknologi, pendekatan ini memupuk sikap pembelajaran yang berarah kendiri dan membantu pelajar berkomunikasi dengan lebih yakin.
Terokai strategi-strategi yang menjadikan pembelajaran bermakna dan menyeronokkan serta membentuk pelajar yang yakin, ingin tahu dan kreatif!
Synopsis
How could Malay Language learning be transformed into joyful and meaningful experiences for today’s diverse learners, including those with limited exposure to the language beyond the classroom?
In this sharing, the presenters will introduce 'Berfikir, Berkarya, Berbahasa', a framework that reimagines how students think, create, and express themselves in Malay language.
Through student-centred approaches, learners are empowered to take ownership of their learning and engage in tasks that spark creativity and communication. Grounded in principles of joyful learning, student voice as well as purposeful use of technology, this approach nurtures curious learners, creative thinkers and confident communicators.
Discover strategies that make learning meaningful and engaging, developing confident, curious, and creative learners!
