Bahasa Bermula di Rumah
Language Begins at Home

Ms Izyan Mellyna
Puan Izyan Mellyna
Pelakon, Pengacara dan Penggiat Aktiviti Bercerita
Profil
Izyan Mellyna ialah seorang pelakon, pengacara dan pencipta kandungan di Singapura. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada sedekad dalam industri media. Izyan dikenali sebagai seorang pelakon yang versatil dan telah dianugerahi Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Komedi di Anugerah Pesta Perdana 2019. Di luar dunia lakonan, Izyan merupakan pengacara podcast This Iz, sebuah platform yang mengetengahkan perbualan terbuka mengenai kesihatan mental, perkembangan peribadi dan pengalaman hidup. Izyan menggalakkan keterbukaan, empati dan ekspresi diri yang lebih bermakna apabila bercerita. Dengan keyakinan yang mendalam terhadap peranan bahasa sebagai jambatan antara budaya dan hubungan, Izyan giat meneroka bagaimana aktiviti bercerita dan komunikasi harian dapat membentuk keyakinan diri, rasa kebersamaan dan pemahaman antara generasi. Sebagai seorang ibu kepada tiga orang anak, beliau membawa gabungan perspektif profesional dan pengalaman peribadi dalam perkongsiannya dengan yang bernas, bersahaja dan mudah didekati. Usaha beliau terus tertumpu kepada mewujudkan ruang yang bermakna, di mana bahasa dan pengalaman harian bersama dapat memberi inspirasi kepada masyarakat. Puan Izyan juga telah dilantik sebagai Duta Bahasa pada tahun 2025 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).
Profile
Izyan Mellyna is a Singapore-based actress, host, and content creator with over a decade of experience in the media industry. Known for her emotionally nuanced performances, she was awarded Best Actress in a Comedy Role at the 2019 Pesta Perdana awards. Beyond her work on screen, Izyan is the host of the podcast This Iz, a platform dedicated to honest conversations around mental health, personal growth, and lived experiences. Through her storytelling, she advocates for greater openness, empathy, and self-expression. With a strong belief in the power of language as a bridge between culture and connection, Izyan actively explores how storytelling and everyday communication can shape confidence, belonging, and intergenerational understanding. As a mother of three, she brings both professional insight and lived experience into her engagements, offering perspectives that are thoughtful, grounded, and deeply relatable. Her work continues to centre on creating meaningful spaces where language, stories, and shared experiences inspire and connect communities.
Sinopsis
Berdasarkan pengalaman Izyan sebagai pelakon dan pengacara, beliau akan berkongsi cara bahasa Melayu digunakan dalam konteks kehidupan harian di luar bilik darjah dengan yakin, kreatif dan bermakna. Sesi yang berbentuk perbincangan santai ini sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak. Sesi ini juga bertujuan mengajak keluarga merenung semula perkataan dan ungkapan yang membawa maksud peribadi dan berkongsi pengalaman masing-masing, serta meneroka cara bahasa dapat menghubungkan generasi dan memperkaya kehidupan harian. Melalui pengalaman peribadi dan perbualan, para peserta akan dapat menghargai bahasa Melayu bukan sekadar sebagai subjek untuk dikuasai, tetapi sebagai satu wahana yang ekspresif dalam memperkasakan budaya, meneroka identiti dan menjalin hubungan.
Synopsis
This sharing session explores the Malay language through lived experiences, storytelling, and media. Drawing from her journey as an actress and host, Izyan will share how the Malay Language can be expressed confidently, creatively, and meaningfully beyond textbooks and grammar rules. Designed as a light-hearted discussion for both parents and children, the session invites families to reflect on words and phrases that hold personal significance, share their experiences, and explore how language can connect generations, spark joy and enrich daily life.
Through personal anecdotes and conversation, participants will come to appreciate the Malay language not merely as a subject to be mastered, but as a living tool for culture, identity, and connection.
