ROFL Bahasa Melayu! 😂 (Seronok sangat... anda akan tergolek-golek di lantai sambil belajar Bahasa Melayu!)
ROFL Bahasa Melayu! 😂 (So fun… you’ll roll on the floor learning Bahasa Melayu!)

Mr Syah Ibrahim
Encik Syah Ibrahim
Selebriti dan Usahawan
Profil
Syah Ibrahim merupakan seorang personaliti media yang terkenal, usahawan, dan penggiat pendidikan awal kanak-kanak. Beliau menyelia rangkaian tadika dan menguruskan Istana Ballroom yang ikonik. Pada masa yang sama, beliau kekal terlibat secara aktif dalam bidang seni, pengacaraan, dan pelibatan komuniti. Merentasi pelbagai peranan yang pelbagai ini, Syah terus memperjuangkan keindahan, kreativiti, dan kekayaan budaya bahasa Melayu. Dengan hubungan rapatnya dengan kanak-kanak kecil dan khalayak belia termasuklah anak-anaknya sendiri, Syah menghidupkan bahasa Melayu dengan cara mesra, semula jadi dan menyeronokkan. Beliau ingin menunjukkan kepada pelajar bahawa bahasa Melayu bukan sekadar subjek di sekolah, tetapi bahasa yang membawa identiti, irama, humor, muzik, dan emosi. Pendekatannya mesra, menggalakkan, dan mudah dikaitkan untuk membantu kanak-kanak berasa yakin dan teruja dalam berkomunikasi dan mengekspresikan diri dalam bahasa Melayu.
Profile
Syah Ibrahim is a well-known media personality, entrepreneur, and early childhood advocate. He leads an established preschool chain and manages the iconic Istana Ballroom, all whilst remaining actively involved in the arts, hosting, and community engagement. Across these diverse roles, Syah consistently champions the beauty, creativity, and cultural richness of the Malay language. With his close connection to young children and youth audiences — including his own preschool-aged children. Syah brings the language to life in a way that feels natural, warm, and joyful. He shows students that the Malay Language is not merely a school subject, but a living language that carries identity, rhythm, humour, storytelling, music, and emotion. His approach is friendly, encouraging, and relatable, helping young learners feel confident and excited to speak and express themselves in the language.
Sinopsis
Bagaimanakah jika pembelajaran Bahasa Melayu seakan permainan keluarga yang menyeronokkan? Bengkel berpusatkan keluarga ini mengundang ibu bapa dan kanak-kanak untuk menjadi rakan sepasukan dalam permainan bahasa, cabaran kreatif, dan misi yang menyeronokkan. Mereka akan bermain, bersaing, berkomunikasi dan meneroka semula bahasa Melayu. Bengkel ini menggunakan teknik bermain yang terarah dalam bentuk pengembaraan bersama keluarga. Kanak-kanak berseronok, tetapi dengan secara tidak sedar, mereka membina kosa kata, kemahiran membina ayat, keyakinan dan kefasihan dalam bahasa Melayu. Dengan memanfaatkan ikatan kekeluargaan, bengkel ini mendekatkan bahasa Melayu dengan diri kanak-kanak -- bahasa Melayu akan dialami sebagai wahana dan bukan sekadar subjek pengajaran. Bengkel ini diharapkan dapat mengukuhkan minat kanak-kanak terhadap bahasa Melayu dan mempelajari cara praktikal untuk memanfaatkan aktiviti harian untuk dijadikan peluang pembelajaran.
Synopsis
What if learning Malay language felt less like homework and more like joyful family play? This family-centred workshop invites parents and children to become teammates in a series of exciting language games, creative challenges, and fun missions where they play, compete, talk, move, guess, laugh, and discover the language together. This interactive workshop is a family adventure where learning happens naturally and effortlessly through purposeful play. Children think they are simply having fun, but they are building vocabulary, sentence skills, confidence, expressive ability, and fluency along the way. By harnessing the power of family bonding, this workshop makes language stick - where Malay language is experienced as connection rather than instruction. Families leave with a stronger relationship with the language and practical, easy ways to turn everyday play moments into language-rich opportunities at home.
