Cimi Oh Cimi! Jom Menulis Menggunakan Realiti Terimbuh (AR) - Membina Ayat Penyata
Cimi Oh Cimi! Let's Write Using Augmented Reality (AR) - Construction of Declarative Sentences

Ms Siti Suhana Binte Alias
Ms Siti Suhana Binte Alias
Cik Siti Suhana Binte Alias
Malay Language Coordinator
Sekolah Perempuan Payar Lebar Methodist (Primari)
Profil
Cikgu Siti Suhana Alias merupakan guru Bahasa Melayu di Paya Lebar Methodist Girls’ School (Primary). Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap literasi penilaian dan pengintegrasian teknologi (Edtech) dalam pembelajaran bahasa. Beliau menerajui inisiatif AR/VR di sekolahnya, serta meneroka cara teknologi imersif dapat menyokong amalan membaca serta pembelajaran bahasa yang bermakna bagi murid-murid. Hasil kerja akademiknya merangkumi kajian berasaskan penyelidikan tentang penulisan Cikgu Muhammad Arif Ahmad (MAS), yang telah diterbitkan dalam program Detik (2024). Beliau juga merupakan penerima Anugerah Guru Arif Budiman pada tahun 2025 yang mengiktiraf sumbangan serta komitmennya terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Profile
Ms Siti Suhana Alias is a Malay Language teacher at Paya Lebar Methodist Girls’ School (Primary) with a strong interest in assessment literacy and the integration of EdTech in language learning. She leads AR/VR initiatives in her school, exploring how immersive technologies can support reading and meaningful language learning for young learners. Her academic work includes a research-based study on the writings of Cikgu Muhammad Arif Ahmad (MAS), which was featured in Detik (2024). She is also a recipient of the Arif Budiman Malay Language Teachers Award (AGAB) 2025 award, which recognises her passion for the teaching and learning of the Malay language.
Sinopsis
Bayangkan seekor rama-rama tiga dimensi (3D) berterbangan di atas meja. Daripada detik kekaguman itu, seorang kanak-kanak mula meluahkan kata-kata sekali gus membentuk ayat-ayat mudah. Hal ini mencerminkan potensi Realiti Terimbuh (AR) dalam pembelajaran bahasa.
Sesi ini memperkenalkan pendekatan inovatif dalam pembinaan Ayat Penyata bagi murid sekolah peringkat rendah melalui pakej ‘Jom Menulis bersama AR!’. Ibu bapa dan kanak-kanak akan mengimbas penanda AR menggunakan telefon bijak atau tablet untuk memaparkan adegan 3D berlatarkan kehidupan seharian sebagai rangsangan autentik bagi pemerhatian, perbualan dan pembinaan ayat.
Peserta melalui tiga tahap pembelajaran berstruktur serta mengaplikasikan strategi penyemakan dan penilaian kendiri, serta memupuk kesedaran metakognitif.
AR menjadi alat pedagogi bermakna yang menjadikan pembelajaran penulisan bahasa Melayu lebih intuitif, menarik dan menyeronokkan.
*Peserta digalakkan untuk membawa peranti sendiri, seperti iPad, tablet atau telefon bijak.
Synopsis
Imagine a 3D butterfly fluttering across the table. From that moment of wonder, a child begins to find the words, shaping simple sentences. This reflects the potential of Augmented Reality (AR) in language learning.
This session introduces an innovative approach to constructing Ayat Penyata (Declarative Sentences) for lower primary pupils through the Jom Menulis bersama AR! package. Parents and children scan AR markers using mobile devices or tablets to reveal 3D scenes from everyday life, serving as authentic stimuli for observation, conversation, and sentence construction.
Participants progress through three scaffolded stages and engage in a self-check strategy, fostering metacognitive awareness and assessment literacy.
AR becomes a meaningful pedagogical tool that makes learning writing in Malay language intuitive, engaging, and joyful.
*Participants are encouraged to bring their own devices, such as iPads, tablets, or smartphones.
