Rentak Kata: Mencetus Penulisan melalui Kesenian Melayu
Rhythm of Words: Sparking Writing through Malay Arts

Mdm Faridah Binte Mohamed Ali
Puan Faridah Binte Mohamed Ali
Ketua Subjek (Badan Kepimpinan Murid)
Sekolah Rendah Fuhua
Profil
Cikgu Faridah merupakan seorang pencinta bahasa yang mempunyai minat yang mendalam terhadap bahasa dan seni Melayu. Sebagai seorang pendidik, beliau percaya akan potensi setiap murid dan menganggap bahasa sebagai wahana yang ampuh untuk murid meluahkan perasaan, membina keyakinan diri serta menjalin hubungan dengan dunia di sekeliling mereka. Beliau percaya bahawa pembelajaran bahasa seharusnya menyeronokkan, bermakna dan berkait rapat dengan pengalaman hidup pelajar.
Dalam era Kecerdasan Buatan (AI) ini, Cikgu Faridah telah mengubah pengajaran dan pembelajaran dengan menyepadukan pendekatan inovatif secara berhemah dan berpaksikan budaya Melayu. Beliau komited untuk membantu murid membina keyakinan dalam kemahiran bertutur dan menulis melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna, kreatif dan kaya dengan nilai budaya.
Bagi mengiktiraf kecemerlangan Cikgu Faridah dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu, beliau telah menerima Anugerah Guru Arif Budiman pada tahun 2024. Beliau juga merupakan penerima Hadiah Buku Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS) pada tahun 2019.
Profile
Mdm Faridah is a language enthusiast with a deep passion for the Malay language and Malay performing arts. As a teacher, she believes strongly in every child’s potential and sees language as a powerful way for children to express themselves, build confidence and connect with the world around them. She believes that language learning should be joyful, meaningful and connected to students’ lived experiences.
In the age of Artificial Intelligence (AI), Mdm Faridah has transformed teaching and learning by thoughtfully integrating innovative approaches while staying deeply connected to cultural roots. She is committed to helping students develop confidence in speaking and writing through meaningful, creative, and culturally rich learning experiences.
In 2024, Mdm Faridah was the recipient of the Arif Budiman Malay Language Teachers Award (AGAB). In 2019, she also received the Singapore Malay Teachers' Union (KGMS) Book Prize.
Sinopsis
Rentak Kata menjemput ibu bapa dan kanak-kanak meneroka keunikan muzik dan tarian Melayu untuk mencetuskan minat menulis. Dalam sesi ini, peserta akan seronok menari mengikut irama tradisional sambil belajar mengekspresikan diri melalui kata-kata.
Ibu bapa akan memainkan peranan sebagai "pasangan kreatif" dalam memupuk minat anak-anak untuk menulis. Melalui pengalaman ini, diharapkan kanak-kanak akan menyedari bahawa penulisan boleh bermula daripada pengalaman hidup yang bermakna. Ayuh, semai rasa cinta terhadap bahasa Melayu dengan cara yang cukup istimewa!
Synopsis
Rhythm of Words invites parents and children to explore the beauty of Malay music and dance to spark an interest in writing. In this session, participants will enjoy moving to traditional rhythms whilst learning to express their feelings through words.
Parents will play the role of "creative partners" in nurturing their child’s passion for writing. Through this joyful experience, children will discover that writing can begin with meaningful life experiences, with the hope that they will nurture a love for the Malay language in a truly special way!
