Banjir
'"Banjir"

Ms Mira Hazirah Binte Md Said
Puan Mira Hazirah Binte Md Said
Guru Bahasa Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Profil
Cikgu Mira Hazirah ialah seorang pendidik Bahasa Melayu yang berdedikasi dan berpengalaman mengajar kanak-kanak tadika lebih daripada 10 tahun. Beliau giat memupuk minat akan bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak dan sentiasa memberikan inspirasi kepada anak didiknya untuk membina keyakinan diri dan menghargai bahasa serta asal usul budaya Melayu.
Cikgu Mira aktif mereka bentuk pengalaman pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah. Beliau juga telah memulakan pelbagai projek bagi meningkatkan minat murid akan bahasa Melayu. Kanak-kanak di kelas beliau diberikan peluang untuk meneroka seni tradisional Melayu seperti silat, dikir barat dan tarian. Beliau dan kanak-kanaknya juga telah menyertai projek Kembara Nusantara yang dianjurkan oleh MLLPC. Selain itu, Cikgu Mira turut mengetuai program tahunan Bulan Bahasa di pusatnya, sekali gus menggalakkan kerjasama yang erat antara pihak prasekolah dengan keluarga.
Profile
Ms Mira Hazirah is a dedicated Malay Language educator with over 10 years of experience in nurturing young learners. She is passionate about instilling a love for the Malay language and continuously inspires her students to grow in confidence and appreciation for the language and its cultural roots.
She actively designs engaging learning experiences and initiates projects that deepen students’ interest. Her students are given opportunities to explore traditional Malay performing arts such as silat, dikir barat, and tarian, and have participated in the Kembara Nusantara project organised by MLLPC. Ms Mira also leads the annual Bulan Bahasa programme at her centre, fostering strong collaboration between school and families.
Sinopsis
Sesi ini meneroka buku cerita Banjir sebagai wadah untuk pemahaman budaya dan pembelajaran berasaskan nilai. Melalui kisah watak daripada buku ini, Zara dan Amin, peserta diperkenalkan kepada kehidupan masyarakat Melayu Singapura pada zaman dahulu ketika Hari Raya Aidilfitri disambut dalam suasana banjir. Sesi ini menonjolkan amalan tradisional, pakaian, permainan dan kehidupan kampung orang-orang Melayu, sambil menekankan nilai ketabahan, kesyukuran dan ikatan kekeluargaan.
Peserta akan mempelajari cara menggunakan teknik penceritaan untuk memupuk kesedaran budaya dan empati. Dalam bengkel ini, ahli keluarga akan melibatkan diri dalam aktiviti interaktif dan aktiviti kraf seperti menghasilkan kerongsang kertas, sampan mini serta corak batik. Penggunaan alat bantu oleh pembaca semasa sesi penceritaan mewujudkan pengalaman penceritaan yang mendalam dan bermakna, serta memperkaya pemahaman terhadap warisan Melayu.
Synopsis
This session explores the storybook Banjir as an avenue for cultural understanding and values-based learning. Through the journey of the characters from the book, Zara and Amin, participants are introduced to the lives of the early Malay community in Singapore during Hari Raya Aidilfitri amid a flood. The session highlights traditional practices, attire, games, and kampung life, whilst emphasising values such as resilience, gratitude, and strong family bonds. Participants will gain insights into using storytelling to promote cultural awareness and empathy. In the hands-on workshop, families will engage in interactive and collaborative craft activities such as making paper kerongsang, mini sampan, and exploring batik patterns. The use of such props creates an immersive storytelling experience which enriches understanding of Malay heritage.
